Wednesday, 24 June 2020

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N! 


Ig: s_iraaarshddd 

Jemput follow yer semuaaaaa


Sunday, 14 June 2020

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).


RUJUKAN BUKU:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

LIRIK LAGU 1: KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari 
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN BUKU:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Apliksi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

LOGO
Logo ini melambangkan sebuah keluarga yang bahagia. Setiap ahli keluarga menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni sesuai dengan lirik lagu di atas. 

BUKTI kerja telah dimuat naik ke dalam  Facebook.



BUKTI kerja telah dimuat naik ke dalam Twitter.

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

BUKU: EH!! MEDIA SOSIAL

FACEBOOK
1. Kajian oleh Tan, Ng & Saw (2010), mengatakan bahawa kebanyakan pelajar meluangkan masa mereka di luar waktu sekolah pada laman web rangkaian soaial.
2. Facebook merupakan satu laman web popular yang membenarkan pengguna berinteraksi dan berkolaborasi bersama masyarakat di alam maya. (Boyd & Ellison, 2007).
3. Pelajar menghabiskan purata 1 jam setiap hari dengan melayari laman Facebook. (Wise et al. 2011).
4. Facebook membantu guru mewujudkan pengalaman pendidikan yang dinamik. (Garrison & Kanuka, 2004).
5. Facebook berguna untuk meningkatkan komunikasi, interaksi antara manusia dan pembelajaran bahasa. (Godwin-Jones, 2008).

TWITTER
1. Pelajar suka mengemas kini rutin harian mereka dan menyatakan emosi mereka dalam twitter dan menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi. 
2. Twitter dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan. (Burau, Ullrich, Feng & Shen, 2009).
3. Twitter telah memberi impak yang besar dalam meningkatkan kehadiran sosial. ( Dunlap & Lowenthall, 2009). 
4. Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh. (Elavsky, Mislan & Elavsky, 2011).
5. Twitter digunakan dalam penilaian formatif dalam kalangan pelajar di sekolah di dalam kelas. (Chen, 2012)

RUJUKAN BUKU:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

Thursday, 11 June 2020

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).


RUJUKAN BUKU:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

NILAI YANG TERKANDUNG DALAM CERITA SOSIAL 5: JIRAN

1. Baik hati
  • Alim merupakan seorang yang baik hati.
  • Dalam cerita sosial 5 ini, Alim digambarkan sebagai seorang yang memiliki banyak buku cerita.
  • Kadang-kadang, Alim akan memberi buku cerita kepunyaannya kepada Sulaiman, yang merupakan jirannya dan belajar di sekolah yang sama dengannya.
  • Sulaiman juga merupakan seorang yang baik hati kerana dia suka berkongsi apa sahaja yang dimilikinya bersama Alim. Misalnya, jika Sulaiman mempunyai coklat, dia akan berkongsi coklatnya dengan Alim.

2. Tanggungjawab
  • Ibu bapa Alim merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab.
  • Buktinya, apabila Alim sakit, mereka membawa Alim ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

3. Kasih sayang
  • Wujudnya nilai kasih sayang dalam keluarga Alim.
  • Buktinya, apabila Alim sakit, kakak, abang dan adiknya turut berasa sedih melihat keadaannya.
  • Kakak, abang dan adik Alim sentiasa menemani Alim di bilik. Kadang-kadang, mereka cuba bercerita dengan Alim walaupun Alim tidak memberi sebarang tindak balas.

RUJUKAN BUKU:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


AKTIVITI BAB 8: IMPLIKASI PEDAGOGI

AKTIVITI 1

AKTIVITI 2

AKTIVITI 3

RUJUKAN BUKU:
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa