1. Baik hati
• Alim merupakan seorang yang baik hati.
• Dalam cerita sosial 5 ini, Alim digambarkan sebagai seorang yang memiliki banyak buku cerita.
• Kadang-kadang, Alim akan memberi buku cerita kepunyaannya kepada Sulaiman, yang merupakan jirannya dan belajar di sekolah yang sama dengannya.
• Sulaiman juga merupakan seorang yang baik hati kerana dia suka berkongsi apa sahaja yang dimilikinya bersama Alim. Misalnya, jika Sulaiman mempunyai coklat, dia akan berkongsi coklatnya dengan Alim.
2. Tanggungjawab
• Ibu bapa Alim merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab.
• Buktinya, apabila Alim sakit, mereka membawa Alim ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
3. Kasih sayang
• Wujudnya nilai kasih sayang dalam keluarga Alim.
• Buktinya, apabila Alim sakit, kakak, abang dan adiknya turut berasa sedih melihat keadaannya.
• Kakak, abang dan adik Alim sentiasa menemani Alim di bilik. Kadang-kadang, mereka cuba bercerita dengan Alim walaupun Alim tidak memberi sebarang tindak balas.
RUJUKAN BUKU:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment