Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik



BBM3410Satu2020: NOTA ASAS GRAFIK






5 ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH. Grafik (foto/video) yang dipaparkan mesti mudah difahami oleh penonton/pembaca.
2. WARNA. Kombinasi warna yang digunakan dalam satu grafik sewajarnya tidak melebihi tiga warna dan seharusnya penggunaan warna mengikut mesej yang ingin disampaikan.
3. TEKS. Penggunaan teks dalam persembahan grafik perlu sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
4. KESESUAIAN. Grafik yang dipaparkan bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video.
5. KESEIMBANGAN. Grafik yang dihasilkan perlu seimbang dari segi ruang atas, bawah, kiri dan kanan. Ruang kosong dan berat juga perlu seimbang.

BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit UPM.

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)







Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripadapilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1:Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)




Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan,kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mempunyai elemen yang perlu dianalisis. Sruktur makro menganalisis makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks. Superstruktur menganalisis kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula menganalisis makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripadapilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.



BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYET & SCOTT (1977)




Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Doenyei & Scott (1977)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1.      Pengabaian/Peninggalan mesej
2.      Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3.      Prafrasa
4.      Penghampiran
5.      Penggunaan perkataan semua tujuan
6.      Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7.      Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8.      Terjemahan literal
9.      Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)
Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977)


KEPENTINGAN TEORI TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT

Teori Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1977) penting dalam pengenalpastian strategi dan pencapaian. Taksonomi Strategi komunikasi oleh Dornyeii & Scott  (1977) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengekalan mesej, prafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, penstruturan semula, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan atau pengesahan dan penggunaan perkataan yang tiada makna. Menurut Dornyei & Scott (1977), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. 

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Menurut Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016), instagram mampu melahirkan persekitaran positif dalam kalangan generasi muda. Kewujudan instagram membawa banyak manfaat kepada pengguna. Instagram dikatakan membantu pengguna dalam pempelajari cara merakam video dan menonton cerita pendek. Cerita pendek boleh didapati dan ditonton secara terus melalui instagram tanpa perlu memuat turun dan menyimpan video tersebut terlebih dahulu. Selain itu, Penggunaan instagram telah memberi peluang kepada masyarakat untuk membukati hati umum tentang rutin harian mereka. Pengguna dapat memuat naik gambar berkaitan aktiviti yang mereka lakukan di instagram dan orang ramai dapat melihatnya. Instagram juga membolehkan maklumat sesama individu dikongsi bersama. Pengguna hanya perlu menaip maklumat yang ingin dikongsi atau memuat naik gambar yang mengandungi kata-kata atau maklumat yang ingin dikongsi bersama-sama pengguna lain. Di samping itu, Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016), dalam kajiannya menyatakan bahawa instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Satu lagi kajian yang dijalankan hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013), mengatakan bahawa pelajar sekolah lebih bermotivasi dalam mempelajari kemahiran dan berkongsi pengetahuan mereka. Pelajar akan lebih semangat belajar dengan menggunakan aplikasi teknologi dan sudah tentunya sesi pembelajaran akan lebih menyeronokkan, lagi-lagi dengan penggunaan aplikasi instagram. Akhir sekali, bagi pengajar pula, instagram akan membantu mereka mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan elemen penggunaan teknologi baharu. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pemikiran dan kreativiti pelajar.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


  
Keputusan dan perbincangan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Setiap bahagian ini berkaitan dengan objektif kajian. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre Kesusasteraan Melayu yang mereka minati, sama ada puisi, cerpen, skrip drama atau pantun untuk ditulis dalam blog. Untuk puisi, sejumlah 66.7%  responden lelaki dan 80%  responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Keputusan menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Responden menyatakan bahawa mereka menulis puisi berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. Untuk cerpen pendek, sejumlah 86.7 responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis. Menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. Sejumlah 76.7% responden lelaki dan 93.3% responden wanita menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Responden menyatakan bahawa menulis skrip membantu mereka berimaginasi seperti yang mereka tulis. Pantun turut dinyatakan oleh responden. Sejumlah 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden wanita telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog mereka. Menurut responden wanita, mereka lebih selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog.

Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Keputusan dalam bahagian ini menunjukkan peratusan cara penggunaan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki da wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Keputusan menunjukkan sebanyak 80% responden lelaki dan 88.3% responden wanita memilih surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Keputusan menunjukkan responden wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini disebabkan golongan wanita gemar menulis surat kepada teman istimewa dan ibu bapa. Menulis di dalam blog merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Sejumlah 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan yang baik adalah melalui penulisan blog. Menulis teka-teki, 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan bahawa menulis teka-teki dalam blog merupakan salah satu perkara yang mereka sukai. Responden menyatakan bahawa mereka gemar menulis teka-teki di blog kerana mereka akan menerima banyak komen daripada pembaca berkaitan jawapan kepada teka-teki tersebut. Ini meningkatkan motivasi responden untuk menulis lebih banyak lagi teka-teki melalui penggunaan blog dalam bahasa sasaran.

Di samping itu, penulisan blog juga dikatakan membantu dalam pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan dalam penulisan blog. Responden kelihatan teruja dengan memasukkan video, audio dan gambar kedalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan bahawa dengan memasukkan video ke dalam blog akan memberi kepuasan kepada mereka. Responden turut menyatakan bahawa lagu latar yang mereka pilih adalah sesuai dengan cerita yang mereka tulis. Bagi audio pula, sejumlah 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, 93% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa mereka meletakkan gambar di dalam blog mereka. Peratusan responden wanita lebih tinggi kerana mereka berpendapat bahawa gambar mudah dimasukkan ke dalam blog, hanya perlu memuat naik melalui telefon bimbit sahaja. 

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa