Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


  
Keputusan dan perbincangan kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Setiap bahagian ini berkaitan dengan objektif kajian. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre Kesusasteraan Melayu yang mereka minati, sama ada puisi, cerpen, skrip drama atau pantun untuk ditulis dalam blog. Untuk puisi, sejumlah 66.7%  responden lelaki dan 80%  responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Keputusan menunjukkan responden wanita lebih gemar menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Responden menyatakan bahawa mereka menulis puisi berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. Untuk cerpen pendek, sejumlah 86.7 responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis. Menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. Sejumlah 76.7% responden lelaki dan 93.3% responden wanita menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Responden menyatakan bahawa menulis skrip membantu mereka berimaginasi seperti yang mereka tulis. Pantun turut dinyatakan oleh responden. Sejumlah 66.7% responden lelaki dan 86.7% responden wanita telah memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog mereka. Menurut responden wanita, mereka lebih selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog.

Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Keputusan dalam bahagian ini menunjukkan peratusan cara penggunaan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki da wanita. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Keputusan menunjukkan sebanyak 80% responden lelaki dan 88.3% responden wanita memilih surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Keputusan menunjukkan responden wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini disebabkan golongan wanita gemar menulis surat kepada teman istimewa dan ibu bapa. Menulis di dalam blog merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Sejumlah 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan yang baik adalah melalui penulisan blog. Menulis teka-teki, 93.3% responden lelaki dan 96.7% responden wanita menyatakan bahawa menulis teka-teki dalam blog merupakan salah satu perkara yang mereka sukai. Responden menyatakan bahawa mereka gemar menulis teka-teki di blog kerana mereka akan menerima banyak komen daripada pembaca berkaitan jawapan kepada teka-teki tersebut. Ini meningkatkan motivasi responden untuk menulis lebih banyak lagi teka-teki melalui penggunaan blog dalam bahasa sasaran.

Di samping itu, penulisan blog juga dikatakan membantu dalam pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan dalam penulisan blog. Responden kelihatan teruja dengan memasukkan video, audio dan gambar kedalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan bahawa dengan memasukkan video ke dalam blog akan memberi kepuasan kepada mereka. Responden turut menyatakan bahawa lagu latar yang mereka pilih adalah sesuai dengan cerita yang mereka tulis. Bagi audio pula, sejumlah 100% responden lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, 93% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa mereka meletakkan gambar di dalam blog mereka. Peratusan responden wanita lebih tinggi kerana mereka berpendapat bahawa gambar mudah dimasukkan ke dalam blog, hanya perlu memuat naik melalui telefon bimbit sahaja. 

No comments:

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa