MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
KELUARGA
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap
hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang
dicintai
Saya sayang ibu bapa saya
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT
CERITA BERKAITAN MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
BERTAJUK “KELUARGA”
Nama
saya Alim. Saya berusia Sembilan tahun. Saya mempunyai seorang ibu, seorang
bapa, seorang abang bernama Imran, seorang kakak bernama Madinah dan seorang
adik bernama Aisyah. Saya sangat sayang akan keluarga saya. Setiap hari, saya
akan menolong ibu menyiram pokok bunga. Saya juga akan menolong bapa menyapu
daun-daun kering dan membersihkan halaman rumah. Kadangkala, saya akan menolong
bapa mencuci kereta. Saya dan Aisyah juga suka menolong abang Imran menyusun
buku dan surat-surat khabar dan menolong kak Madinah mencuci pinggan. Pada waktu
malam, saya akan menolong ibu melipat pakaian. Kebiasaannya, kami sekeluarga
akan berkumpul dan menonton televisyen bersama-sama pada waktu malam.
Ibu dan bapa sentiasa berpesan agar saya menjaga adab dan
tingkah laku. Saya sentiasa mengingati pesanan ibu dan bapa.saya akan cuba
berkelakuan baik walau ke mana sahaja saya pergi dan dengan siapa sahaja saya
berhadapan. Saya sangat sayang akan keluarga yang saya miliki. Mereka tidak
pernah mengabaikan kehadiran saya. Ibu, bapa, abang, kakak dan adik merupakan
insan yang selalu mendampingi saya setiap waktu. Saya berasa sangat dihargai. Saya
sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. Saya
berjanji bahawasanya saya tidak akan melupakan dan tidak akan mensia-siakan
keluarga yang saya miliki selagi saya masih bernafas di bumi ini.
No comments:
Post a Comment