SINOPSIS CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Cerita 'Saya yang Istimewa' mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak-anaknya iaitu Abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah. Latar cerita ini berlangsung adalah di rumah keluarga Alim. Cerita berlaku pada hari Ahad. Bapa pulang dari pasar tani bersama pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, manggis, langsat dan duku. Bapa tahu anak-anaknya penggemar buah-buahan. Mereka sekeluarga makan buah-buahan sambil berborak-borak. Sedang mereka sekeluarga makan, ibu memberitahu bahawa beliau telah menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang kulit buah-buahan. Ibu berpesan agar mereka tidak membuang kulit buah merata-rata untuk mengelakkan rumah daripada kotor. Tiba-tiba, Alim menyatakan hasratnya untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman, yang merupakan jirannya. Ibunya tersenyum dan memuji sifat baik hati yang dimiliki Alim. Ibu memberi satu plastik yang mengandungi buah-buahan kepada Alim untuk dihantar kepada Sulaiman. Alim mengambilnya dan berlalu. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim sebaik sahaja menerima plastik berisi buah-buahan tersebut. Kemudian, Alim kembali ke rumahnya dan menolong keluarganya mengemas rumah
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Maaf la Prof. Buku saya semak sikit. Hasil kelas penterjemahan semester lepas 😪
No comments:
Post a Comment