Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK




Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta empat orang anaknya iaitu Imran, Madinah, Alim dan Aisyah. Watak utama dalam cerita ini ialah Alim, iaitu seorang budak lelaki yang berusia 9 tahun.
Cerita sosial 1 menceritakan bahawa pada ketika itu, Alim dan keluarganya akan pulang ke kampung datuk dan nenek mereka. Alim mengetahui bahawa dia mempunyai dua orang datuk dan dua orang nenek. Alim juga mengetahui bahawa datuk dan nenek sebelah ibunya tinggal di Kajang dan datuk nenek sebelah bapanya tinggal di Melaka.
Alim kelihatan gembira ketika tiba di rumah datuk dan neneknya. Alim kelihatan tidak sabar untuk bermain dengan binatang ternakan datuk dan neneknya iaitu ayam dan itik. Namun, Alim mendapati ayam dan itik tiada di tempatnya. Alim kelihatan resah dan sedih, lalu dia menangis. Nenek dan datuk terkejut melihat Alim menangis. Lantas mereka mendapatkan Alim dan bertanya mengapa Alim menangis. Setelah memahami keadaan Alim, nenek menunjukkan reban baharu yang dibuat datuk untuk ayam itik. Alim kelihatan gembira semula.
Alim berhenti menangis. Dia gembira melihat ayam dan itik. Sekarang, Alim sudah tahu di mana reban ayam yang baharu. Ayam dan itik masih ada, tidak seperti yang disangkakannya.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.  

No comments:

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa