10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK
1. Tajuk
yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
2.
Cerita
menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan
ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4.
Memastikan
terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5.
Kaitkan
penulisan anda dengan berita terkini.
6.
Guna perkataan
dan struktur ayat yang ringkas.
7.
Dapat
dibaca dan difahami.
8.
Dapat
berkomunikasi dengan pembaca.
9.
Masukkan
moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10.
Berilmu
untuk penulisan pendidikan.
PERBINCANGAN
Untuk
menghasilkan sebuah penulisan blog yang baik, penulis mestilah memaparkan tajuk
yang menarik. Pemilihan tajuk mestilah dapat menarik perhatian pembaca untuk
membaca penulisan yang disiarkan. Pemilihan tajuk perlulah berkaitan dan
bersesuaian dengan kandungan atau maklumat yang akan disampaikan. Seterusnya,
penulis perlu menyiarkan cerita yang dapat menarik hati pembaca untuk
membacanya. Jalan cerita mestilah menarik dan mempunyai unsur permulaan cerita,
perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Penulis juga peelu memasukkan gaya
bahasa yang sesuai dalam penulisan agar cerita yang dihasilkan kelihatan
menarik. Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk
jenaka untuk menjadikannya lebih menarik. Penulis perlu memikirkan unsur-unsur
jenaka yang sesuai untuk dimasukkan dalam cerita agar jalan cerita menjadi
lebih menarik. Kemudian, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik
untuk menghuraikan penulisannya. Hujah-hujah yang dimasukkan dalam penulisan
perlulah relevan dengan isi yang disampaikan dan diperoleh daripada sumber yang
sahih. Di samping itu, dalam penulisan blog, penulis perlu mengaitkan
penulisannya dengan berita terkini. Penulis perlu peka dengan isu-isu semasa
agar perkara itu dapat dimasukkan dalam penulisan. Selain itu, penulis perlu
menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar penulisan dapat
dibaca dan difahami pembaca. Penulisan yang dihasilkan juga mestilah bersifat
dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis mestilah memasukkan unsur moral dan
nilai-nilai estetika dalam penulisan agar pembaca mendapat iktibar atau
pengajaran daripada pembacaan tersebut. Akhir sekali, penulis perlulah
mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menghasilkan penulisan yang ilmiah.
RUJUKAN
1. Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu:
Penerbit UMT.
2. Normaliza
Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
No comments:
Post a Comment