Thursday 7 May 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

5 KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

1. Menarik: Bermaksud grafik yang dihasilkan mestilah menarik minat penonton atau pembaca. 

2. Mudah difahami: Setiap grafik yang dipaparkan memerlukan konsep mudah difahami agar pembaca/penonton tidak keliru atau salah faham. 

3. Mesej: Mesej yang ingin disampaikan melalui penggunaan grafik perlulah jelas. 

4. Ketara: Asas grafik memerlukan konsep mudah difahami secara dengan ketara oleh pembaca. 

5. Promosi: Asas grafik berkesan dalam mempromosikan barangan. 

RUJUKAN BUKU
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

KULIAH AMALI MINGGU 7
NILAI DALAM CERITA SOSIAL 3

Dalam cerita sosial 3 yang bertajuk 'Keluarga', nilai yang saya dapati adalah tolong-menolong, rasional dan rajin usaha. 

Nilai tolong-menolong ditunjukkan oleh watak Alim, selaku watak utama dalam cerita ini. Bukti wujudnya nilai ini dalam diri Alim adalah pada situasi Alim menolong ahli keluarganya yang lain membuat kerja rumah. Alim membantu ibunya mengutip pinggan kotor setiap kali selesai makan. Alim juga menolong adik perempuannya mengemas barang mainan. Setiap hari Alim akan menolong ibu baoa dan ahli keluarga membuat kerja rumah.

Nilai rasional didapati pada watak ibu Alim. Buktinya, ibu sentiasa menggunakan perkataan dan ayat yang rasional ketika memujuk Alim untuk melakukan kerja rumah. Misalnya, ketika Alim tidak mahu membantu ibu melakukan kerja, ibu memujuk Alim secara rasional dengan mengatakan bahawa Alim baik dan Alim rajin. Hal ini dapat mempengaruhi Alim serta mendorongnya untuk membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah.

Nilai rajin usaha didapati pada watak Alim dalam cerita ini. Buktinya, Alim rajin belajar untuk membuat kerja-kerja rumah. Menurut penulusan dalam cerita sosial 3, setiap hari Alim akan cuba memahami kerja-kerja rumah yang perlu dia lakukan.

RUJUKAN BUKU
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.



#MaafProfPenMerahTinggalDikolej
#PinjamPenPurpleJiran

BAB 7: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

NOTA RINGKAS BAB 7

RUJUKAN BUKU: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



Friday 1 May 2020

TUGASAN BUKU MEDIA SOSIAL: MINGGU 6



 BAB 1: BUKU MEDIA SOSIAL

AKTIVITI 1

                             AKTIVITI 2

AKTIVITI 3

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita sosial 2 mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, Alim, Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Mereka hidup berjiran dengan Sulaiman dan ibunya. Keluarga Alim sangat menyenangi keluarga Sulaiman. Begitu juga dengan keluarga Sulaiman, mereka gembira hidup berjiran dengan keluarga Alim. 

Tiga nilai murni yang boleh didapati dalam cerita sosial 2 ialah nilai tanggungjawab, nilai baik hati, dan nilai tolong-menolong. 

Berdasarkan cerita sosial 2, watak ibu Alim digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, pada situasi beliau memberitahu anak-anaknya bahawa dia telah menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya membuang kulit buah-buahan ketika mereka sekeluarga sedang makan buah-buahan bersama-sama. Ibu juga berpesan agar anak-anaknya tidak membuang kulit buah-buahan merata-rata demi menjaga kebersihan rumah. Situasi ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat mereka berteduh. 

Selain itu, didapati terdapat nilai baik hati pada watak Alim dalam cerita sosial ini. Buktinya, pasa situasi Alim meminta keizinan ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan yang mereka miliki kepasa jirannya Sulaiman. Alim mengatakan bahawa dia teringat pesan yang selalu dititip oleh ibunya iaitu sentiasa berkongsi apa sahaja barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain kerana ianya merupakan satu perbuatan yang baik. Situasi ini membuktikan bahawa Alim merupakan seorang anak yang baik, juga merupakan seorang jiran yang baik. 

Akhir sekali, terdapat juga nilai tolong-menolong dalam cerita sosial ini. Buktinya, pada situasi seluruh ahli keluarga Alim sedang bergotong-royong mengemas rumah setelah mereka selesai makan. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Situasi ini menunjukkan bahawa wujudya sikap budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga Alim. 

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Startegi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

#ProfDrN      #BBM3410Satu202
#TugasanMinggu6    #CeritaSosialDua
#StaySafeAtHome    #DudukRumah
#MaafSayaTakBawakBalikPenMerah
#PenMerahDiKolej
#NakMarkahPenuhWalaupunTakIkutArahan




RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

TUGASAN MINGGU 6

Tugasan ini merupakan tugasan Kursus Multimedia Dalam Bahasa yang diajar oleh Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim. Ini merupakan tugasan minggu keenam. Tugasan ini berkaitan Rule of Thirds, iaitu suatu teknik yang digunakan dalam fotografi. 
Pelajar diminta oleh pensyarah untuk menghuraikan teknik Rule of Thirds mengikut kefahaman pelajar sendiri, membuat lukisan bergambar berdasarkan teknik Rule of Thirds dan menyiarkannya di media 'Facebook'. Kemudian, pelajar diminta untuk membuat tangkapan skrin hasil kerja yang disiarkan di 'Facebook' dan memasukkannya ke dalam blog milik pelajar. 
Maka, beginilah hasilnya... 




RUJUKAN BUKU
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor: Peberbit Universiti Putra Malaysia

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa