Thursday 7 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

KULIAH AMALI MINGGU 7
NILAI DALAM CERITA SOSIAL 3

Dalam cerita sosial 3 yang bertajuk 'Keluarga', nilai yang saya dapati adalah tolong-menolong, rasional dan rajin usaha. 

Nilai tolong-menolong ditunjukkan oleh watak Alim, selaku watak utama dalam cerita ini. Bukti wujudnya nilai ini dalam diri Alim adalah pada situasi Alim menolong ahli keluarganya yang lain membuat kerja rumah. Alim membantu ibunya mengutip pinggan kotor setiap kali selesai makan. Alim juga menolong adik perempuannya mengemas barang mainan. Setiap hari Alim akan menolong ibu baoa dan ahli keluarga membuat kerja rumah.

Nilai rasional didapati pada watak ibu Alim. Buktinya, ibu sentiasa menggunakan perkataan dan ayat yang rasional ketika memujuk Alim untuk melakukan kerja rumah. Misalnya, ketika Alim tidak mahu membantu ibu melakukan kerja, ibu memujuk Alim secara rasional dengan mengatakan bahawa Alim baik dan Alim rajin. Hal ini dapat mempengaruhi Alim serta mendorongnya untuk membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah.

Nilai rajin usaha didapati pada watak Alim dalam cerita ini. Buktinya, Alim rajin belajar untuk membuat kerja-kerja rumah. Menurut penulusan dalam cerita sosial 3, setiap hari Alim akan cuba memahami kerja-kerja rumah yang perlu dia lakukan.

RUJUKAN BUKU
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.



#MaafProfPenMerahTinggalDikolej
#PinjamPenPurpleJiran

No comments:

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa