Friday 1 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita sosial 2 mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, Alim, Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Mereka hidup berjiran dengan Sulaiman dan ibunya. Keluarga Alim sangat menyenangi keluarga Sulaiman. Begitu juga dengan keluarga Sulaiman, mereka gembira hidup berjiran dengan keluarga Alim. 

Tiga nilai murni yang boleh didapati dalam cerita sosial 2 ialah nilai tanggungjawab, nilai baik hati, dan nilai tolong-menolong. 

Berdasarkan cerita sosial 2, watak ibu Alim digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, pada situasi beliau memberitahu anak-anaknya bahawa dia telah menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya membuang kulit buah-buahan ketika mereka sekeluarga sedang makan buah-buahan bersama-sama. Ibu juga berpesan agar anak-anaknya tidak membuang kulit buah-buahan merata-rata demi menjaga kebersihan rumah. Situasi ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat mereka berteduh. 

Selain itu, didapati terdapat nilai baik hati pada watak Alim dalam cerita sosial ini. Buktinya, pasa situasi Alim meminta keizinan ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan yang mereka miliki kepasa jirannya Sulaiman. Alim mengatakan bahawa dia teringat pesan yang selalu dititip oleh ibunya iaitu sentiasa berkongsi apa sahaja barang atau makanan yang kita suka dengan orang lain kerana ianya merupakan satu perbuatan yang baik. Situasi ini membuktikan bahawa Alim merupakan seorang anak yang baik, juga merupakan seorang jiran yang baik. 

Akhir sekali, terdapat juga nilai tolong-menolong dalam cerita sosial ini. Buktinya, pada situasi seluruh ahli keluarga Alim sedang bergotong-royong mengemas rumah setelah mereka selesai makan. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Situasi ini menunjukkan bahawa wujudya sikap budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga Alim. 

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Startegi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

#ProfDrN      #BBM3410Satu202
#TugasanMinggu6    #CeritaSosialDua
#StaySafeAtHome    #DudukRumah
#MaafSayaTakBawakBalikPenMerah
#PenMerahDiKolej
#NakMarkahPenuhWalaupunTakIkutArahan




No comments:

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa