Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA


MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu bapa saya
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

CERITA BERKAITAN MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK BERTAJUK “KELUARGA”

                Nama saya Alim. Saya berusia Sembilan tahun. Saya mempunyai seorang ibu, seorang bapa, seorang abang bernama Imran, seorang kakak bernama Madinah dan seorang adik bernama Aisyah. Saya sangat sayang akan keluarga saya. Setiap hari, saya akan menolong ibu menyiram pokok bunga. Saya juga akan menolong bapa menyapu daun-daun kering dan membersihkan halaman rumah. Kadangkala, saya akan menolong bapa mencuci kereta. Saya dan Aisyah juga suka menolong abang Imran menyusun buku dan surat-surat khabar dan menolong kak Madinah mencuci pinggan. Pada waktu malam, saya akan menolong ibu melipat pakaian. Kebiasaannya, kami sekeluarga akan berkumpul dan menonton televisyen bersama-sama pada waktu malam.

          Ibu dan bapa sentiasa berpesan agar saya menjaga adab dan tingkah laku. Saya sentiasa mengingati pesanan ibu dan bapa.saya akan cuba berkelakuan baik walau ke mana sahaja saya pergi dan dengan siapa sahaja saya berhadapan. Saya sangat sayang akan keluarga yang saya miliki. Mereka tidak pernah mengabaikan kehadiran saya. Ibu, bapa, abang, kakak dan adik merupakan insan yang selalu mendampingi saya setiap waktu. Saya berasa sangat dihargai. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. Saya berjanji bahawasanya saya tidak akan melupakan dan tidak akan mensia-siakan keluarga yang saya miliki selagi saya masih bernafas di bumi ini.





Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

BLANKET TEST 2.0

NAMA KUMPULAN: ASHIAAAP PRODUCTION

SOALAN 1:
Terangkan berkaitan 'rule of thirds'
JAWAPAN: 
Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang penting. Rule of thirds digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Imej kelihatan seimbang.

SOALAN 2: 
Soalan asas fotografi berdasarkan tayangan gambar pada skrin
JAWAPAN: 
Mug shot

SOALAN 3:
Soalan asas fotografi berdasarkan tayangan gambar pada skrin 
JAWAPAN: 
Pemandangan

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM.

SINOPSIS CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Cerita 'Saya yang Istimewa' mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak-anaknya iaitu Abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah. Latar cerita ini berlangsung adalah di rumah keluarga Alim. Cerita berlaku pada hari Ahad. Bapa pulang dari pasar tani bersama pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, manggis, langsat dan duku. Bapa tahu anak-anaknya penggemar buah-buahan. Mereka sekeluarga makan buah-buahan sambil berborak-borak. Sedang mereka sekeluarga makan, ibu memberitahu bahawa beliau telah menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang kulit buah-buahan. Ibu berpesan agar mereka tidak membuang kulit buah merata-rata untuk mengelakkan rumah daripada kotor. Tiba-tiba, Alim menyatakan hasratnya untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman, yang merupakan jirannya. Ibunya tersenyum dan memuji sifat baik hati yang dimiliki Alim. Ibu memberi satu plastik yang mengandungi buah-buahan kepada Alim untuk dihantar kepada Sulaiman. Alim mengambilnya dan berlalu. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim sebaik sahaja menerima plastik berisi buah-buahan tersebut. Kemudian, Alim kembali ke rumahnya dan menolong keluarganya mengemas rumah

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 




Maaf la Prof. Buku saya semak sikit. Hasil kelas penterjemahan semester lepas 😪


BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH - SITI ZAHIRIAH BINTI RASHID

AKTIVITI 2 (BUKU EH!! MEDIA SOSIAL)

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NAMA: SITI ZAHIRIAH BINTI RASHID

NO MATRIK: 197689


Gambar diatas meunjukkan beberapa cadangan jawapan bagi persoalan apakah manfaat atau kelebihan media soaial dalam kelas bahasa. Sebenarnya, terdapat banyak manfaat yang boleh pelajar peroleh melalui penggunaan media sosial, lebih-lebih lagi ketika mengikuti kelas bahasa. Bidang Bahasa itu sendiri sudah terlalu seronok untuk diterokai. Dihiasi pula dengan penggunaan media sosial dalam sesi pembelajaran, pastinya lebih menyeronokkan. Tambahan pula, pengajar itu sendiri memiliki perwatakan yang sangat disenangani pelajar (Y. Bhg. Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim la tuuu). Terima kasih Prof kerana menceriakan hari kami.

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

BLANKET TEST 1.0

NAMA KUMPULAN: ASHIAAAP PRODUCTION

SOALAN
Berapakah bilangan huruf yang terdapat dalam perkataan WARNA? 

JAWAPAN
Terdapat lima huruf dalam perkataan WARNA

(1 Markah)

BBM3410Satu2020: BLANKET TEST 1.0

 KUMPULAN: ASHIAAAP PRODUCTION


Soalan: Berapakah bilangan huruf dalam perkataan warna?

Jawapan: 5 huruf


Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK




Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta empat orang anaknya iaitu Imran, Madinah, Alim dan Aisyah. Watak utama dalam cerita ini ialah Alim, iaitu seorang budak lelaki yang berusia 9 tahun.
Cerita sosial 1 menceritakan bahawa pada ketika itu, Alim dan keluarganya akan pulang ke kampung datuk dan nenek mereka. Alim mengetahui bahawa dia mempunyai dua orang datuk dan dua orang nenek. Alim juga mengetahui bahawa datuk dan nenek sebelah ibunya tinggal di Kajang dan datuk nenek sebelah bapanya tinggal di Melaka.
Alim kelihatan gembira ketika tiba di rumah datuk dan neneknya. Alim kelihatan tidak sabar untuk bermain dengan binatang ternakan datuk dan neneknya iaitu ayam dan itik. Namun, Alim mendapati ayam dan itik tiada di tempatnya. Alim kelihatan resah dan sedih, lalu dia menangis. Nenek dan datuk terkejut melihat Alim menangis. Lantas mereka mendapatkan Alim dan bertanya mengapa Alim menangis. Setelah memahami keadaan Alim, nenek menunjukkan reban baharu yang dibuat datuk untuk ayam itik. Alim kelihatan gembira semula.
Alim berhenti menangis. Dia gembira melihat ayam dan itik. Sekarang, Alim sudah tahu di mana reban ayam yang baharu. Ayam dan itik masih ada, tidak seperti yang disangkakannya.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.  

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog



10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK

       1.       Tajuk yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
      2.      Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.  
    3.   Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
      4.      Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
      5.      Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
      6.      Guna perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
      7.       Dapat dibaca dan difahami.
      8.      Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
      9.      Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
      10.    Berilmu untuk penulisan pendidikan.


PERBINCANGAN

Untuk menghasilkan sebuah penulisan blog yang baik, penulis mestilah memaparkan tajuk yang menarik. Pemilihan tajuk mestilah dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca penulisan yang disiarkan. Pemilihan tajuk perlulah berkaitan dan bersesuaian dengan kandungan atau maklumat yang akan disampaikan. Seterusnya, penulis perlu menyiarkan cerita yang dapat menarik hati pembaca untuk membacanya. Jalan cerita mestilah menarik dan mempunyai unsur permulaan cerita, perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Penulis juga peelu memasukkan gaya bahasa yang sesuai dalam penulisan agar cerita yang dihasilkan kelihatan menarik. Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menjadikannya lebih menarik. Penulis perlu memikirkan unsur-unsur jenaka yang sesuai untuk dimasukkan dalam cerita agar jalan cerita menjadi lebih menarik. Kemudian, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisannya. Hujah-hujah yang dimasukkan dalam penulisan perlulah relevan dengan isi yang disampaikan dan diperoleh daripada sumber yang sahih. Di samping itu, dalam penulisan blog, penulis perlu mengaitkan penulisannya dengan berita terkini. Penulis perlu peka dengan isu-isu semasa agar perkara itu dapat dimasukkan dalam penulisan. Selain itu, penulis perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar penulisan dapat dibaca dan difahami pembaca. Penulisan yang dihasilkan juga mestilah bersifat dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulis mestilah memasukkan unsur moral dan nilai-nilai estetika dalam penulisan agar pembaca mendapat iktibar atau pengajaran daripada pembacaan tersebut. Akhir sekali, penulis perlulah mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menghasilkan penulisan yang ilmiah.


RUJUKAN

1. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
2. Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.



PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa