Friday 22 November 2019

BBN3402 P. B. KOMPUTER MINGGU 7 RUMUSAN (SITI ZAHIRIAH, 197689)

RUMUSAN BAB TIGA





siti zahiriah
197689

Bab tiga buku ‘Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi’ membincangkan analisis wacana tekstual dan ujaran. Kajian analisis wacana ini meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang mengalami gangguan perkembangan saraf sehingga menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dan menjalani interaksi sosial. Oleh itu, penerapan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme adalah wajar agar mereka dapat bersosial dengan orang lain. Nilai sosial bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya keperibadian yang mulia. Nilai sosial boleh diterapkan dalam kumpulan masyarakat dan individu. Nilai sosial juga boleh disebarkan dalam bentuk ujaran, lisan, teks ataupun tulisan seperti cerita, lagu, mahupun surat.
Nilai sosial dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu nilai sosial dalam lagu kanak-kanak, cerita sosial dan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme. Ketiga-tiga kajian dalam buku ini menggunakan pendekatan analisis wacana yang dicadangkan iaitu menganalisis elemen kandungan, konteks dan andaian. Sampel kajian terdiri daripada empat kanak-kanak autisme berumur 9-12 tahun. Kanak-kanak ditemani oleh ahli keluarga semasa kajian dijalankan.
Kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-Kanak” mengandungi lima buah lagu berjudul “Keluarga”, “Saya yang Istimewa”, “Diri”, “Saya Faham” dan “Saya Tahu”. Lagu “Keluarga” mengandungi nilai sosial seperti berpuas hati dengan usaha yang dilakukan setiap hari, kasih sayang, budi pekerti dan kekeluargaan. Lagu “Saya yang Istimewa” memaparkan nilai kasih sayang, kekeluargaan, berdikari dan hormat-menghormati. Lagu “Diri” menggariskan nilai kerajinan, kesabaran, baik hati, kejujuran, keikhlasan, jati diri yang baik dan peribadi mulia. Lagu ‘ Saya Faham” menunjukkan nilai kesyukuran dan hormat menghormati. Bait-bait lagu “Saya Tahu” adalah mengenai luahan hati kanak-kanak istimewa dalam kehidupannya. Nilai yang dipaparkan dalam lagu ini adalah kekuatan untuk mengharungi hidup diiringi usahan untuk memahami diri sendiri.
Analisis wacana tekstual cerita sosial menceritakan lima buah cerita sosial yang ditulis untuk memberi kesedaran tentang kanak-kanak istimewa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Judul cerita yang ditulis adalah “Nenek dan Datuk”, “Saya yang Istimewa”, “Keluarga”, “Hati” dan “Jiran”. Cerita sosial “Datuk dan Nenek” bertemakan kekeluargaan yang melibatkan watak seluruh ahli keluarga Alim termasuk datuk dan nenek. Cerita ini menggunakan emosi gembira, rindu, sedih, marah dan keliru serta memaparkan nilai sosial seperti kasih sayang, rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan sabar. Cerita sosial “Saya yang Istimewa” bertemakan kekeluargaan yang melibatkan watak seluruh ahli keluarga Alim termasuk datuk dan nenek. Cerita ini menggunakan emosi gembira, sedih dan puas hati serta memaparkan nilai sosial seperti baik hati dan tolong-menolong. Cerita “Keluarga” bertemakan kekeluargaan. Cerita ini menggunakan emosi gembira dan resah serta memaparkan nilai tanggungjawab, ambil berat, rasional, sabar, tolong-menolong dan baik hati. Cerita sosial “Hati” bertemakan kemasyarakatan yang melibatkan watak ibu, Alim, cikgu dan rakan-rakan. Cerita ini menggunakan emosi gembira serta memaparkan nilai sosial seperti berkongsi, berterima kasih, baik hati dan tolong-menolong. Cerita sosial “Jiran” bertemakan kejiranan yang melibatkan watak ibu, Madinah, Imran, Sulaiman, adan Alim. Cerita ini menggunakan emosi gembira, ambil berat dan simpati serta memaparkan nilai sosial seperti baik hati, kasih sayang dan ambil berat.
 Ujaran kanak-kanak autisme pula dianalisis menggunakan teori analisis wacana dan hanya memfokuskan elemen andaian. (500 patah perkataan)




                                                                           

No comments:

PROF. DR. N LIKE IG!

Yayyyyy!!! Ada la satu post kita yang Prof. Dr. N Like. Jadila tuuu. Terima Kasih Prof. Dr. N!  Ig: s_iraaarshddd  Jemput follow yer semuaaaaa