L3, Kolej 14,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
23 Oktober 2019
Kehadapan adikku yang sentiasa diingati, Suria. Apa khabar dik? Agak lama sudah kita tidak berutus surat kan? Kakak harap adik dalam keadaan baik-baik sahaja di kampung.
Adik,
Bagaimana kehidupan adik sekarang? Tahun depan dah nak UPSR. Adik sudah mula fokus belajar ke? Kakak harap adik kurangkanlah sikit bermain tu ye. Fokus belajar betul-betul. Jangan tangguh-tangguh lagi belajar dan siapkan kerja. Ingat tau “We are only given TODAY and never promised TOMORROW. So, do it TODAY. Do not wait for TOMORROW”.
Adik nak tahu satu cerita tak? Cerita ni mengisahkan tentang empat sahabat karib iaitu mentadak mentadu, kerengga, siput babi dan salamander.
Kerengga merupakan yang paling rajin antara mereka. Kerengga juga bijak. Segala pekerjaan pasti akan dilakukan dengan pantas oleh kerengga.
Siput babi pula merupakan yang paling lembab antara sahabat - sahabatnya. Dia tidak mampu untuk berfikir dan membuat kerja dengan pantas. Walau bagaimanapun, siput babi sentiasa mempunyai keinginan untuk belajar dan membuat sesuatu. Siput babi tidak suka menangguh-nangguhkan kerjanya kerana dia sedar kekurangan dirinya tidak dapat bergerak dengan pantas.
Salamander pula merupakan yang paling unik dalam kalangan sahabat-sahabatnya. Dia mampu menyar dan menukar warna kulitnya mengikut tempat di mana dia berada.

Menarik tak cerita kakak tu? Kakak harap, adik jadilah seperti siput babi. Walaupun ada kekurangan diri, sentiasalah berkeinginan untuk meneroka sesuatu dan jangan sesekali menangguhkan kerja. Ingat “Trust your strength. Stand. Rise. And never quit”!
Kakak rasa sampai di sini sahaja cerita kakak. Kakak ada tugasan sikit nak buat ni. Jangan lupa balas surat kakak ye. Ingat pesan-pesan kakak tadi. Jumpa nanti di kampung ye!
Kakakmu yang sentiasa jelita,
Sitizahiriah
SITI ZAHIRIAH
197689
No comments:
Post a Comment